Nadi X Mahir – Kelas Mahir Masak Minggu – 9 (Sesi 1)

15 September 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 14 September 2026, hari Isnin, Program NADI Mahir Masak Minggu 10 telah dilaksanakan di NADI Bengoh, dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang dan telah disertai oleh seorang peserta. Sesi kali ini memberi fokus kepada tiga topik utama berkaitan penyediaan Stuffed Crust & Thin Crust Pizza.

Topik pertama melibatkan amali pembuatan pizza, di mana peserta mempelajari langkah-langkah penyediaan doh, pembentukan kerak stuffed crust dan thin crust, penyediaan bahan serta proses pembakaran pizza. Topik kedua pula memberi penekanan kepada SOP keselamatan, termasuk aspek kebersihan, pengendalian bahan makanan dan penggunaan peralatan memasak dengan selamat bagi memastikan proses penyediaan makanan dilakukan secara teratur dan selamat.

Selain itu, peserta turut diberikan penerangan mengenai kelas Mahir Masak Minggu 11 sebagai persediaan untuk sesi pembelajaran seterusnya. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran dan keyakinan peserta dalam penyediaan makanan serta memberi peluang untuk mempelajari teknik masakan yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian mahupun sebagai potensi sumber pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali